Kadang-kadang kita dinashati oleh orang tua kita supaya bertabah hati apabila hendak membuat sesuatu. Kita diingati jangan terlalu memikirkan semua kejayaan adalah sepadan dengan betapa banyaknya usaha-usaha yang kita telah menaruhkan. Adakala, sesuatu rancangan akan berjaya sekiranya kita melakukannya dengan cara langkah demi langkah. Dengan ini, kita dapat merasai tindak balas selepas satu langkah dan seterusnya , kita boleh memikirkan strategi yang lebih baik untuk menjayakan rancangan kita.
Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang kecil manakan masalah yang lebih besar. Walaubagaimanapun, kita tidak harus berasa malu jika kita hanya dapat melakukan sedikit, kerana yang penting sekali ialah sikap tidak senang menyerah diri kepada kerumitan. Sepatutnya, kita harus mengatasi segala kesusahan demi kejayaan.
Lagipun, mutu kerja kita itu penting bukan jumlahnya. Sia-sia sahaja kalau kita membuat banyak tetapi dengan cara sambalewa sahaja. Usaha kita tidak akan dihargai.

No comments:
Post a Comment