Kerosakan atau kesalahan yang tidak dapat atau tidak boleh diperbaiki lagi diumpamakan nasi sudah menjadi bubur.
Dalam hidup seseorang tentang ada sekali berlakunya kesilapan yang tidak dapat dipulih ke keadaan asalnya. Misalnya, pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kecenderungan diri sendiri. Kebanyakan orang memasuki sesuatu bidang pengajian kerana mengikut kawan atau kerana ingin mendapat gaji yang lumayan nanti. Seharusnya, minat seseorang dalam bidang itu perlu dipertimbangkan kerana ini akan bermakna orang itu akan lebih berbahagia dan akan berterusan dalam bidang tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang.
Namun, apabila seseorang telah menghabiskan masa selama beberapa tahun terjerumus dalam bidang yang salah dipilihnya, susah untuk orang itu menukar ke bidang lain kerana umurnya pun sudah lanjut dan juga sudah sampai pun masanya untuk orang itu bekerja bagi menampung keluarga sendiri dan orang tuanya. Sampai setakat ini, orang itu hanya boleh menyesal dan mengalu-alukan tibanya masa untuk menukar nasibnya.

No comments:
Post a Comment