Saturday, 24 March 2012

Biar Buruk Kain Dipakai, Asalkan Pandai Mengambil Hati

Pada masa sekarang, kebanyakan daripada golongan pemuda-pemudi  sangat mementingkan imej persendirian mereka terutamanya dari segi pakaian.  Ada yang mengikut fesyen-fesyen jenama antarabangsa dan ada yang cukup puas hati dengan barangan tempatan.
Di Kuala Lumpur, kelihatan ramai pemuda-pemudi pergi ke pusat  membeli belah atau butik untuk membeli pakaian pada hari minggu. Ramai antara mereka belum bekerja lagi dan masih belajar dalam kolej tetapi cara mereka belanja wang adalah seperti mereka sedang menggunakan wang pencarian sendiri.  Kasihan betul terhadap ibubapa mereka!
Wang rezeki ibubapa yang didapati dengan bertungkus lumus itu begitu cepat dan senang dihabiskan. Anak-anak mereka tidak menghargai pengorbanan mereka. Mereka bukan sahaja tidak meminta kebenaran, mereka telah menganggap wang itu seperti kepunyaan mereka sendiri dan  telah melupakan akan asal wang itu.  Ini sangat menyakiti hati ibubapa mereka. Apa gunanya berpakaian cantik-cantik, tetapi berhati batu?  Anak yang berderhaka kepada ibubapa tidak patut diberi apa-apa wang untuk dibelanja.

No comments:

Post a Comment