Saturday 24 March 2012

Biar Buruk Kain Dipakai, Asalkan Pandai Mengambil Hati

Pada masa sekarang, kebanyakan daripada golongan pemuda-pemudi  sangat mementingkan imej persendirian mereka terutamanya dari segi pakaian.  Ada yang mengikut fesyen-fesyen jenama antarabangsa dan ada yang cukup puas hati dengan barangan tempatan.
Di Kuala Lumpur, kelihatan ramai pemuda-pemudi pergi ke pusat  membeli belah atau butik untuk membeli pakaian pada hari minggu. Ramai antara mereka belum bekerja lagi dan masih belajar dalam kolej tetapi cara mereka belanja wang adalah seperti mereka sedang menggunakan wang pencarian sendiri.  Kasihan betul terhadap ibubapa mereka!
Wang rezeki ibubapa yang didapati dengan bertungkus lumus itu begitu cepat dan senang dihabiskan. Anak-anak mereka tidak menghargai pengorbanan mereka. Mereka bukan sahaja tidak meminta kebenaran, mereka telah menganggap wang itu seperti kepunyaan mereka sendiri dan  telah melupakan akan asal wang itu.  Ini sangat menyakiti hati ibubapa mereka. Apa gunanya berpakaian cantik-cantik, tetapi berhati batu?  Anak yang berderhaka kepada ibubapa tidak patut diberi apa-apa wang untuk dibelanja.

Friday 23 March 2012

Nasi Sudah Menjadi Bubur

Kerosakan atau kesalahan yang tidak dapat atau tidak boleh diperbaiki lagi diumpamakan  nasi sudah menjadi bubur. 
Dalam hidup seseorang tentang ada sekali berlakunya kesilapan yang tidak dapat dipulih ke keadaan asalnya.  Misalnya, pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kecenderungan diri sendiri.  Kebanyakan orang memasuki sesuatu bidang pengajian kerana mengikut kawan atau kerana ingin mendapat gaji yang lumayan nanti.  Seharusnya, minat seseorang dalam bidang itu perlu dipertimbangkan kerana ini akan bermakna orang itu akan lebih berbahagia dan akan berterusan dalam bidang tersebut untuk jangka masa yang lebih panjang.
Namun, apabila seseorang telah menghabiskan masa selama beberapa tahun terjerumus dalam bidang yang salah dipilihnya, susah untuk orang itu menukar ke bidang lain kerana umurnya pun sudah lanjut dan juga sudah sampai pun masanya untuk orang itu  bekerja bagi menampung keluarga sendiri dan orang tuanya.  Sampai setakat ini, orang itu hanya boleh menyesal dan mengalu-alukan tibanya masa untuk menukar nasibnya. 

Thursday 22 March 2012

Sedikit sedikit, Lama lama menjadi Bukit.

Kadang-kadang kita dinashati oleh orang tua kita supaya bertabah hati apabila hendak membuat sesuatu.  Kita diingati jangan terlalu memikirkan semua kejayaan adalah sepadan dengan betapa banyaknya usaha-usaha yang kita telah menaruhkan.  Adakala, sesuatu rancangan akan berjaya sekiranya kita melakukannya dengan cara langkah demi langkah.  Dengan ini, kita dapat merasai tindak balas selepas satu langkah dan seterusnya , kita boleh memikirkan strategi yang lebih baik untuk menjayakan rancangan kita.
Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang kecil manakan masalah yang lebih besar.  Walaubagaimanapun, kita tidak harus berasa malu jika kita hanya dapat melakukan sedikit, kerana yang penting sekali ialah sikap tidak senang menyerah diri kepada kerumitan.  Sepatutnya, kita harus mengatasi segala kesusahan demi kejayaan.
Lagipun, mutu kerja kita itu penting bukan jumlahnya.  Sia-sia sahaja kalau kita membuat banyak tetapi dengan cara sambalewa sahaja.  Usaha kita tidak akan dihargai.

Tuesday 20 March 2012

Biar Lambat Asalkan Selamat

Peribahasa ini sering digunakan agar mengingati kita supaya tidak bergopah-gapah semasa hendak keluar, samada untuk pergi bekerja atau untuk urusan lain.
Kebanyakan orang tidak pandai menguruskan masa sendiri.  Ramai yang membuat persediaan pada saat yang terakhir sehinggakan terpaksalah bergopah gapah apabila sampai masa untuk keluar dari rumah.
Memandu dengan cepat di jalan raya supaya dapat tiba di tempat bekerja dengan tepat masa adalah tindakan yang amat bahaya.  Bukan sahaja nyawa sendiri terjejas  tetapi juga nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Maka, nasihat seperti ' biar lambat asalkan selamat' patut diikuti jika tidak ingin apa-apa kecelakaan menimpa atas diri sendiri atau sesiapa kesayangan.